Hanya sekadar luahan Si Penulis...

Peluang...

Assalamualaikum

Pernah tak katakan ayat-ayat dibawah :
tiada lagi peluang kedua
tiada lagi harapan
atau
sudah terlambat
Namun istilah itu semua..
nisa tak suka terapkan dalam diri nisa..
sebab perkataan perkataan itu membuatkan diri kita  semua ..
lemah dan terus putus asa...
kita tidak sepatutnya katakan dalam diri..
dengan perkataan macam di atas..
perkataan di atas seolah-olah kita tidak dapat memaafkan diri kita..
yang telah banyak melakukan kesilapan..

Jika kita telah membuat dosa besar..
Allah S.W.T menyuruh hamba2 Nya BERTAUBAT...
adakah itu bukan peluang kedua??

Jika kita gagal dalam peperiksaan..
Kita mencari kesilapan yang telah dilakukan..
adakah itu tiada lagi harapan??

Jika kita dianayai oleh orang yang kita sayangi..
dan kita masih lagi mampu maafkannya..
adakah itu sudah terlambat??

 Lihat lah sahabat-sahabat...
sedarkan dirimu...bahawa..
Ada hikmah disetiap dugaan yang Allah berikan..
dan setiap dugaan itu adalah amaran kepada kita..
peringatan kepada kita..
kesedaran untuk diri kita..
...
Peluang yang Allah berikan adalah..
sangat bermakna untuk diri kita...
dan jangan sesekali kalian sia-siakan peluang yang ada..
...
Ingat lah sahabat-sahabat ku..
tak kira yang muda atau tua..
Bertaubat lah sekiranya merasakan diri ini telah banyak melakukan dosa..
Belajar lah dari kesilapan jika gagal dalam mengecapi kejayaan hidup..
Bermaafan dan memaafkan jika kita masih lagi mampu bertahan walaupun dianayai..
sebaik-baik kemaafan adalah kemaafan yang tidak diberitahu..

Sahabat-sahabat sekalian..
ujian yang Allah berikan adalah tepat untuk diri kita...
"Ingat lah Allah tidak akan memberikan ujian kepada hambaNya...
sekiranya hambaNya tidak mampu menghadapinya.."

Sahabat...jangan lah kamu...
mengambil jalan yang tidak ditakdir oleh Allah kepada dirimu...
kerana Allah amat menyayangi hambaNya..
maka sebab itu lah Allah menguji dirimu..

Ya Allah...kami manusia yang kerdil lagi jahil..buka kan lah pintu hati kami..untuk bertaubat..
aku memohon ampun atas segala dosaku kepada Allah Yang Maha Agung..Ya Tuhan kami , kami terlanjur berbuat dosa terhadap diri kami sendiri , jika Engkau tidak mengampuni kami dan tidak mengasihi kami , pastilah kami tergolong orang yang rugi..
Amiin...ya rabbal Alamin..
Nisa tiba-tiba je terasa nak taip entry macam ni..
bukan apa..cuma nak bagi tazkirah sikit-sikit..
mana la tahu...boleh buat orang sedar...
dapat pahala tau kalau kita ingatkan orang..
Nisa pun macam tu jugak...pernah gagal..tapi nisa tak nak jadi macam ni terus..
nisa redha dengan ujian yang Allah beri...
berharap sangat-sangat korang tak sia-siakan peluang yang ada..
k ar .. lain kali nisa update...
tata..!
Assalamualaikum..wa ilal liqaq..!

Thanks..for reading..

♥♥..Cherry Blossom..♥♥ © 2011-2015 . All Right Reserved by Khairun Nisa